Tuesday, August 25, 2009

Kawan,
Apakah maksud kawan?
Orang yang sentiasa ada di samping seseorang itu barulah disebut kawan,
Salah seorang daripadanya ialah engkau,
Sebenarnya sejak tingkatan satu,
Ku berasa yang engkau merupakan kawan pertamaku,
Jika engkau tidak wujud ketika itu,
Maka aku akan berada dalam keadaan sunyi,
Serta harapanku untuk menjadi murid yang cemerlang,
Akan terus lenyap dan musnah....................


Kawan,
Katanya kau merupakan kawan setiaku,
Ah,kau memang hebat,
Kehebatanmu ialah keletihanku,
Walau bagaimanapun,
Kepintaranmu ialah kelemahanku.............
Jika aku berada dalam kesusahan,
Engkaulah orang pertama datang kepadaku.............


Kawan,
Apa erti kawan?
Jika tidak suka menolong,
Apa erti kawan?
Jika asyik berdendam sesama sendiri,
Apa erti kawan?
Jika tiada kasih sayang,
Apa erti kawan?
Jika diri tiada teman,
Apa erti kawan?
Jika tiada belas kasihan,
Di mana sahaja engkau berada,
Ku tetap akan berada di sisi mu,
Dan sentiasa menyokong mu.............


Kawan,
Walaupun pelbagai kesengsaraan menuju padamu,
Walaupun kesakitan menjadi bebanan mu,
Engkau tetap tabah mengharunginya,
Bumi "kotor" yang engkau lalui,
Sebagai mimpi yang ngeri bagimu,
Bangun, bangunlah kawanku ,
Agar dapat balik kepada kami 3 Bayan....................


Kawan,
24 Ogos 2009,
hari yang palingku benci,
Mengapakah 24 Ogos 2009 perlu ambil engkau daripada kami semua,
Aku tahu ,
mungkin 24 Ogos ini merupakan hari yang terbaik bagimu,
Agar jasadmu dapat diterima oleh tuhan yang maha esa,
Semoga kita akan bertemu lagi............................


Puisi ini hanya untuk kawanku
yang kini berada di sisi tuhan
Harap engkau tidak akan melupakan aku
Tidak kira di mana sahaja kita berada
Aku akan sentiasa berdoa untuk mu and keluargamu
Hanya untuk mu,
BRYAN CHAN KHUOK JHUN

From mus 3 bayan


something is missing @ Tuesday, August 25, 2009